top of page

DALAMI SENI CATAN

Palette
Bio

PENGENALAN
SENI CATAN

162b1d48d6d948f91ec985fe8b7ed233.jpg

Apa itu catan? Catan ialah hasil seni bahantara warna pada permukaan yang rata seperti bahan legap contohnya kayu atau kanvas. Catan biasanya dihasilkan dalam bentuk dua dimensi sahaja. Media yang biasa digunakan dalam menghasilkan karya catan ialah cat air, cat minyak, cat poster, cat tempera, gouache atau akrilik atau bahan pewarna semula jadi dari tumbuh-tumbuhan seperti kunyit, buah pinang, inai dan daun pandan juga boleh digunakan menghasilkan catan. Selain daripada pewarna dan berus, peralatan dan bahan-bahan lain yang boleh menghasilkan catan juga dibenarkan jika ia memberi kesan yang menarik dan menyeronokkan adalah digalakkan. Catan selalunya berfungsi untuk menceritakan sesuatu peristiwa atau memberitahu sesuatu maksud. Catan juga membolehkan seseorang artis meluahkan perasaan dan merakamkan gambaran pemikiran melalui imej visual yang diterjemahkan dalam bentuk nyata atau abstrak. Seorang pelukis terkenal, iaitu Wassily Kandinsky menyatakan, “Setiap seni mempunyai bahasa yang tersendiri, iaitu satu cara yang khusus bagi setiap catan. Setiap seni itu merupakan suatu yang lengkap dengan sendirinya dan hidup dalam alamnya yang tersendiri”.

Sejarah seni catan

SEJARAH
SENI CATAN

Perkembangan seni halus di Malaysia berlaku secara berperingkat berkaitan dengan lukisan, catan, cetakan dan arca.  Pelukis dapat meluahkan sesuatu untuk disampaikan kepada orang. Terdapat kepercayaan bahawa pengembara-pengembara Eropah dan Inggeris telah meminta pelukis negeri selat yang berketurunan cina atau melayu untuk melukis gambaran kehidupan tempatan yang bertema flora dan fauna. Ini disebabkan minat mereka atau sebagai rekod sejarah, lukisan-lukisan dan catan-catan tersebut banyak ditempah oleh pegawai-pegawai syarikat India Timur yang ditempatkan di Malaya. Pihak Inggeris telah memperkenalkan lukisan catan landskap dalam aliran realisme, zaman pre-raphelites, turner dan constable. Keadaan ini telah berterusan sehingga abad ke-19 apabila seni Eropah terutamanya seni Perancis mula memberi kesan kepada seluruh rantau dengan pergerakan seni seperti aliran impresionisme, kubisme, surealisme, futurisme dan konstruktivisme. Sumbangan golongan Cina kepada perkembangan seni Malaysia dan Singapura berpunca daripada pendatang dan pelawat cina seperti Xu BeiHong yang telah berada di Pulau Pinang beberapa tahun. Mereka telah berkunjung ke Singapura untuk satu jangka masa. Mereka telah menerima pendidikan dalam lukisan berus cina dan kaligrafi di China.

Acrylic Paintings – Freezing The Moment_

RUJUKAN

Buku Teks Pendidikan Seni Visual KSSM Tingkatan 4

Buku Teks Pendidikan Seni Visual KSSM Tingkatan 5

© easyart by Hafizah Zukefli. Powered and secured by Wix
bottom of page